Muzafar Shah's FotoPage

By: Muzafar Shah Haji Zainal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 27-Jun-2007 03:05 Email | Share | | Bookmark
Rumah Banglo Satu Tingkat

Bungalow 01
Bungalow 02
Bungalow 03
View all 6 photos...
Rumah bungalow ni aku nak jual pada sesiapa yang berminat. Keluasan 60kaki x 80kaki. Terdapat 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Lokasi di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan dan berhampiran dengan Pasar Borong Selangor. Dari rumah ni pun dah boleh nampak pasar tersebut. Yang bestnya tempat ni majoriti melayu dan kalau nak shopping memang best sebab di jalan besar ada Jaya Jusco Seri Kembangan yang baru siap dan dah buka dah pun. Dari rumah bungalow ni ke Jaya Jusco tak sampai 5 minit. South City Plaza pun dah hampir dalam 15 minit perjalanan, tapi aku rasa taksampai pun. Tujuan aku nak jual rumah ni sebab aku nak beli property yang lain di Ipoh dan area Klang. Harga tawaran RM450,000.00 boleh dirundingkan. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian 019-4404403 (muz).


Wednesday, 4-Apr-2007 08:28 Email | Share | | Bookmark
Honeymoon Di Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabah

Blooming Blue... 01
00:00
Blooming yellow... 01
00:00
Sunset 01
00:00
View all 7 photos...


Wednesday, 14-Feb-2007 00:01 Email | Share | | Bookmark
Digital Camera Magazine - April 2007 [Issue 16]

Masuk majalah..... 01
Masuk majalah..... 02
Masuk majalah..... 03
View all 8 photos...
First time hantar pada bulan Februari 2007 lalu, baru balik dari Sabah..... Time tu pergi kat kakigunung Gunung Kinabalu, Sabah.... Nak naik tak larat jadi saya discover area tersebut.... Bunga tu cantik sangat jadi saya ambil gambar tersebut dengan camera Canon saya... Tu pun saya pakai lens 50mm f1.8 sebab nak nampakkan bunga tu punya detail.... Balik dari Kota Kinabalu terus beli majalah DCM bulan tu, tengok ruangan Hotshots macam best je jadi saya pun hantar penyertaan untuk kali pertama..... disebabkan kali pertama saya tak berapa faham cara untuk masuk jadi beberapa kesilapan saya buat iaitu gambar peribadi tak disertakan semasa hantar penyertaan melalui e-mail.... Keluaran DCM untuk bulan April 2007 Issue 14 saya beli, intai-intai juga mana-mana ruangan penyertaan yang saya masuk, bila tengok macam kenal je gambar bunga biru tu, check nama... nama sayalah..... Sebab tulah gambar yang terpilih tu takde gambar saya... frust juga masa tu tapi seronok juga nama masuk majalah...... Jadi sekarang ni semasa kena lebih berhati-hati dan cermat, kalau tak rugi juga rasanya.....


Thursday, 4-May-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Tinggal Kenangan....

Avanzaku... 01
Avanzaku... 02
Avanzaku... 03
Ini merupakan kereta saya yang ke-empat Toyota Avanza (AFG3898). Sebelum ni saya menggunakan Perodua Kancil (ADA300), Perodua Kembara (AEE5665) dan ketiga Proton Waja (AEH9888). Tapi yang keempat ni telahpun dicuri dan lesap di basement parking rumah saya di Flora Damansara, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya pada 4 Mei 2005 tahun lalu. Pagi tu saya dan wife nak pergi kerja, sampai di basement parking tak nampak kereta, saya tanya pada wife yang kita salah letak kereta ke? Tengok no parking dan plat kereta yang ditampal betul.. Rasa nak pengsan rasanya.... Tengahari tu juga report polis..... dan syarikat insurans.... Itulah nak dikatakan tiada rezeki.... Dahlah tu saya dan wife lagi 5 hari nak mengerjakan Umrah pada 9 Mei 2005.... Time tulah memang tengah sibuk untuk uruskan kelengkapan untuk pergi dan time tu jugalah kaki dah tiada..... banyak ujian kesabaran saya tempuhi..... Alhamdullilah sekarang ni saya telah berbalik semula pada kereta lama saya Perodua Kancil (ADA300)... Fobia nak beli kenderaan baru masih ada dan saya rasa tak perlu buat masa sekarang sebab si kancil masih ada.. walaupun dah 12 tahun tapi ianya masih berjalan lancar.... dah tukar warna lagi..... hutang pun dah takde.....


Wednesday, 21-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Two, Three Days In Zoo Negara...

Bird In Zoo 01
Pak Bedal 01
Pak Bedal 02
View all 15 photos...
Time ni tengah habiskan cuti tahunan.... Layan camera kat zoo negara.... Dari pagi sampai petang....


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net